Pak Anjang The Motivator

480009_195299533905886_706277845_n

Pak Anjang

Malam tadi, dah hampir pukul 11 malam anak kedua saya Aisyah menelefon supaya datang ke sekolahnya esok iaitu pada hari ini untuk menghadiri program motivasi keibubapaan katanya. Saya berjanji akan datang secara acuh tak acuh kerana memikirkan bahawa saya tak akan pergi sebab kononnya nak cuba menyiapkan tesis yang memang confirm tak boleh siap dalam sehari dua ni. Kepala dah makin serabut sebenarnya sebab dateline dah semakin hampir. kalau tak siap juga, dah kena sambung satu sem lagi. Hari ni,akhirnya saya pergi juga ke SMK Seri Tualang,sekolah anakku bersama ayahnya Aisyah walaupun jam masa tu dah pukul 10.42 pagi. Saya berkata kepada ayahnya Aisyah, “malulah, sebab kita datang lewat”. Apapun,kami teruskan juga perjalanan kami dan ketika sampai di sekolah, kelihatan masih banyak kereta yang baru masuk ke perkarangan sekolah. Rupa-rupanya, solat dhuha dan solat hajat di masjid dulu dan program sebenar bermula kira-kira jam 11.30 pagi. Sebelum ni saya tak pernah dengar pun nama pakar motivasi ni, apatah lagi melihat wajahnya. Semasa mengikuti program bersama Pak Anjang, saya terus lupa pada tesis dan assigment saya yang masih belum siap di rumah. Lama-lama makin menarik dan semakin menarik. Bagi saya, program yang diatur oleh Pak Anjang sangat teratur dan berkesan. Di suku awal program lagi saya dah mula melihat adaseorang  bapa di barisan hujung tempat duduk saya mengesat air mata. Lama-lama saya lihat yang mengesat air mata semakin ramai dan akhirnya saya rasa, 99 peratus yang ada di dalam Dewan Ibnu Sina tadi telah mengalirkan air mata,termasuklah saya dan juga ayahnya si Aisyah.

Bagi saya, pendekatan yang digunakan oleh Pak Anjang adalah sangat strategik. Mula-mula anak-anak pelajar diberikan motivasi dan akhirnya mengaitkan hubungan kejayaan pelajar dengan restu dan doa dari kedua ibu bapa. Usahalah setinggi dan sebanyak manapun seorang anak itu, tetapi apabila dia dalam keadaan berdosa serta tidak mendapat doa restu dari kedua ibu bapa, pasti akan ada rasa yang tidak puas dan tidak lengkap. Timbul pula rasa kesal di hati kerana tak membawa bersama anak saya Siti Nur Sarah dan juga Muhammad Ilyas  kerana program tadi sangat berkesan. Lepas makan, sayapun terus balik ke rumah sambil tak sabar-sabar nak check kat internet dengan lebih lanjut lagi siapa Pak Anjang tu sebenarnya. Akhirnya saya jumpa juga. Sebelum terjumpa blog Pak Anjang, saya terjumpa twitter seseorang yang tweet tentang Pak Anjang sebagai berikut:Pak Anjang would be the best motivator that I’ve ever met in my entire life. Looking forward to meet him again next time”.  Saya setuju dengan dia ni. Terima kasih Pak Anjang, semoga dapat terus memberikan motivasi kepada anak-anak kami di SMK Seri Tualang seperti yang telah dijadualkan.Lepas habis program tadi, sempat berbincang dengan Kak Ani serta suaminya Cikgu Naaim, alangkah baiknya kalau Pak Anjang dapat buat program ni dengan anak-anak pelajar kami di sekolah rendah dengan mengumpulkan murid-murid tahun enam dari beberapa buah sekolah berhampiran. Itupun tengok bajet dan persetujuan dari bos-bos kami dulu,lah. .Apapun, terima kasih lagi sekali pada Pak Anjang dan pihak sekolah yang menganjurkan program. Dah add pak Anjang di fb tadi dan will follow your blog too.!

2 thoughts on “Pak Anjang The Motivator

Leave a comment