Apa itu Frog ( VLE ) ?

logo_frog_2

Sebelum ni saya pernah mendengar sekali dua tentang Frog (VLE), tetapi saya tidak mengetahui apa dianya kerana saya masih belum didedahkan dengan perkara ni. Namun,bersyukur dapat menghadiri ceramah oleh Dr Fatimah Hashim dari BTP di Auditorium Dato Razali, IAB.Walaupun dalam keadaan yang sangat mengantuk sebab waktu tu dah lepas zohor,sejuk dan berpuasa pulak,dapat jugalah tahu serba sedikit apa tu Frog(VLE).Untuk lebih faham,saya buat sedikit rujukan dari internet.Saya berminat untuk menghadiri kursus untuk lebih memahami penggunaan Frog (VLE) ni terutama bagaimana untuk membina dan juga upload bahan pdp di situ.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s