NPQEL 2/2013

npqel

https://norlidashaari.files.wordpress.com/2013/06/npqel.jpg

Permohonan untuk mengikuti Kursus Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) di Institut Aminuddin Baki secara online ni saya buat dalam sekitar bulan November atau Disember 2012. Tak lama selepas itu, saya mendapat panggilan dari Unit Latihan & Perkhidmatan JPN Pahang untuk menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan ke sana. Belum sempat saya hantar, saya telahpun dipanggil untuk mengikuti temuduganya pada 22 Januari yang lalu kalau tak silap saya. Malangnya saya pada ketika itu sedang cuti sakit, demam teruk sehingga saya menolak untuk menghadiri temuduga. Alhamdulillah, memang rezeki saya untuk mengikuti kursus ini agaknya, saya sekali lagi ditelefon oleh pihak Unit Latihan & Perkhidmatan untuk menghantar dokumen yang diperlukan dan dipanggil menghadiri temuduga dalam bulan Mei yang lalu. Minggu lepas, bila saya semak dengan memasukkan nombor kad pengenalan saya, terteralah paparan di atas. InsyaAllah saya akan menghadirinya dan cabaran yang pertamanya kerana dua tiga hari selepas mendaftar, kita umat islam di seluruh dunia akan mula berpuasa. Masa tengok paparan tawaran ni, ada juga rasa berbelah bagi untuk terima tawaran. Namun, terima kasih diatas semangat yang diberikan oleh rakan-rakan Npqel 1/2013 yang saya jumpa semasa mengikuti Kursus Pengurusan Sekolah (HEM) anjuran IAB sendiri bersama PPD Temerloh baru-baru ini. Semoga semuanya berjalan lancar dan saya dapat mengikuti kursus sehingga habis dengan jayanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s