11 Anjakan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

number 11

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Kalau kita tengok kesemua 11 anjakan di atas,semuanya sangat baik sekiranya ianya berjaya dilaksanakan.Aku bukannya nak menyangkal atau komen tentang anjakan-anjakan yang telah digubal secantik ini,tapi aku nak bincang tentang beberapa anjakan dari sudut aku sendiri seperti anjakan yang ke 2. Sedangkan Bahasa Melayupun orang Melayu sendiri ada yang tak lulus,inikan pulak Bahasa Inggeris,kan?Nak pandai,nak fasih,nak mahir berbahasa Inggeris,mesti dari awal kanak-kanak. Mungkin faktor kos menyebabkan ada ramai ibu bapa yang tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas Bahasa Inggeris.Kita kena hantar ke kelas tuisyen juga,melainkan kita memang betul-betul cekap dalam Bahasa Inggeris dan boleh mengajar anak kita sendiri.Aku bersyukur dengan seorang kawan dimana ketika anak-anak aku masih kecil,beliau telah memperkenalkan kepada aku kepada

.Ketiga-tiga orang anak-anak ku di rumah ni mendapat didikan awal Bahasa Inggeris dengan sistem ini.Aku menghantar mereka ke kelas tersebut bermula di usia awal kanak-kanak lagi iaitu 4 dan 5 tahun,6 tahun bagi anakku yang pertama. Alhamdulillah,kini mereka( terutama yang sulung dan kedua)boleh menjadi guru pulak kepada ku..

Seterusnya aku nak sentuh pasal anjakan yang keempat, walaupun dah 20 tahun aku menjadi guru,tak seorangpun daripada anak-anak ku yang berminat dalam bidang ni. Tak tahu apa yang membuatkan mereka langsung tak minat nak jadi cikgu sampai ke tua macam aku,terutamanya si anak lelaki. Baru-baru ni semasa mengisi borang online permohonan ke IPG,aku yang beria-ia memintanya mengisi dan penuh dengan unsur paksaan.Rasanya bukan anak aku saja yang begitu..so, bagaimana kita kena transformkan profesyen perguruan ini menjadi pilihan utama,dan bukannya pilhan kedua,ketiga mahupun terakhir..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s