Pertandingan Eureka

426903_312443072151768_1544534030_n

Hari ini lagi sekali saya dipanggil menjadi hakim Pertandingan Eureka sempena Karnival Sains. Tapi hari ini saya dan 3 orang guru yang lain mengadili pertandingan peringkat Zon Temerloh di SK Jalan Bahagia. 5 jam beb!Walaupun boleh keluar masuk,letih juga. Geng-geng yang jadi pengadil Pertandingan Bercerita Sains,awal-awal dah siap. Hari ni tak sempat nak snap sekeping gambar pun sebab tak bawa kamera.Gambar yang ada kat entri nipun gambar masa pertandingan di peringkat daerah tahun lepas.Tapi maaf,tak ingat sekolah mana punya ciptaan ni. Saya lihat, bila guru-guru dan pelajar semakin berpengalaman dalam aktiviti ini,persembahan adalah lebih mantap dari tahun sebelumnya. Cuma pada pandangan saya, untuk sesi penerangan dan bersoal jawab dengan hakim, guru-guru perlu lebih menyediakan murid supaya mereka lebih yakin dengan apa yang mereka buat dan benar-benar faham dengan konsep yang ingin disampaikan. Paling penting, dapat bercakap dan memberi penerangan dengan yakin dan lancar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s