Hari Ini Dalam Sejarah

Image

Celik je mata dari bangun tidur pagi tadi, terus terfikir,”eh,hari ni cuti ke tak,ya?” Anak-anak memang bercuti sampai esok sebab kebetulan esok adalah Cuti Hari Hol bagi negeri Pahang dan cuti untuk hari ini akan digantikan pada hari Sabtu ni nanti. Telefon sana, telefon sini, sms sana, sms sini,semuanya tak tahu hari ni cuti atau tidak. Bukannya apa, saya ni duk di Temerloh, jauh dari sekolah. Kalau cuti, sia-sia je saya memandu pagi-pagi untuk ke sekolah. Kak Norsiah duk tak jauh dari sekolah, jadi saya berpesan padanya, kalau cuti cepat-cepat beritahu saya supaya saya boleh berpatah balik. Tapi sebenarnya, kalaulah memang cutipun, bila dah masuk Lebuhraya Pantai Timur ni, tak de tempat terdekat yang saya boleh berpatah balik melainkan keluar di tol lanchang juga.Tak ada sesiapapun yang telefon dan akhirnya saya sampai juga ke sekolah. Buat sejarah masa memandu tadi sebab buat pertama kalinya tekan minyak sampai 170km/jam.Tak pernah-pernah saya buat. Syukur tak ada apa-apa. Saya agak lewat sedikit hari ni sebab keluar dari rumah agak lewat iaitu dah lebih pukul 6.45 pagi dan bila dah sampai bandar berpatah semula kerana baru tersedar yang telefon bimbit saya tertinggal pulak di rumah. Sah memang lambat hari ni! Ada perhimpunan mingguan pulak tu, kalau hari biasa tahan juga lagi,fikir saya di dalam hati.

Bila sampai di sekolah, perhimpunan tak mula lagi dan suasana agak tenang dan tenteram,tidak seperti hari-hari biasa. Bila saya ke dewan untuk perhimpunan, memang saya terkejut melihat murid-murid yang berkumpul untuk perhimpunan. Saya pun mula mengira…1, 2, 3…….ya Allah,ada 41 orang je semuanya hari ni dari jumlah yang sepatutnya iaitu 239 orang. Dari kelas Pra -Sekolah hingga Tahun 6, paling sedikit yang hadir adalah 2 orang murid dan yang paling ramai adalah seramai 6 orang. Nak kata banjir,tidak.Hujan ribut pun tak ada.Sepatutnya yang letih bertugas untuk pilihanraya adalah cikgu,bukannya pelajar.Manalah perginya anak-anak muridku yang tak hadir hari ni?Mungkin mereka masih di kampung orang tua mereka kerana semalam balik mengundi dan esok pula kebetulan cuti Hari Hol. Itu yang saya buat tajuk entri saya hari ni adalah “Hari Ini Dalam Sejarah”,jarang-jarang berlaku senario yang begini atau tak pernah langsung di sepanjang sejarah perkhidmatan saya. Dengan peratus kehadiran yang sangat rendah hari ini, murid-murid kami gabung-gabungkan sahaja. Gabungan murid tahun 1 dan 2 dalam satu kelaspun masih tak menyamai bilang murid Tahun 1 yang sepatutnya ada.

2 thoughts on “Hari Ini Dalam Sejarah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s