Program Mentor & Mentee

Teacher talking to student at LSI

Apa itu mentor dan apa itu mentee?Program seumpama ini telah wujud sejak lama dulu,cuma sejauh mana keberkesanannya bergantung kepada pelaksanaannya. Mulai 2013, Program Mentor & Mentee ini telah diwajibkan di semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, mulai dari Pra-Sekolah,sehinggalah ke pelajar Tingkatan 6. Aku selaku GPK HEM dan Kak Hajah Norsiah selaku penyelaras Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah,dalam dua tiga hari kebelakangan ini sibuk mengagihkan nama dan menyediakan Fail Mentor Mentee. Bukan setakat menyediakan fail induk sahaja tau, siap dengan fail bersama kandungannya bagi setiap mentor di sekolah kami. Cikgu-cikgu semua dah tak perlu susah-susah menyediakan fail sebab semuanya telah saya dan hajah sediakan. Dalam fail tersebut saya dah siap letakkan instrumen pemantauan,penilaian,tajuk-tajuk modul mengikut tahun, senarai nama mentee, sampailah kepada kepada surat lantikan. Fail-failpun dah siap bernama.Cikgu-cikgu semua, saya telah permudahkan kerja cikgu, jadinya, jangan tak jalan pulak program ni. Jadual kehadiran untuk satu tahun juga telah saya sediakan. Selain dari membimbing atau apa saja aktiviti yang seangkatan dengannya, program mento rmentee ni dah ada modulnya yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Download,cetak, perbanyakkan dan edarkan kepada murid-murid. Selamat bermentor mentee ya cikgu-cikgu semua.

Hari ni sepatutnya Guru Besar yang bercakap dengan ibu bapa dalam Program Perjumpaan bersama murid-murid dan ibu bapa tahun 6, tetapi di saat-saat akhir, semalam Guru Besar mendapat maklumat untuk menghadirkan diri dalam majlis perjumpaan Guru-guru Besar seluruh negeri Pahang di Temerloh bincang tentang Sarana katanya.Sarana?Akupun tak jelas lagi tentang Sarana,nanti aku study dulu dan pas tu kita bincang kat entri selepas ni nanti. Alhamdulillah, walaupun Guru Besar tak ada, GPK 1 cuti tanpa gaji selama setahun, GPK 1 yang memangku cuti sakit sampai hujung bulan dan cikgu yang memangku GPK Kokurikulum yang memangku jawatan GPK 1 cuti menghadiri peperiksaan, dengan sokongan guru-guru semua,3 acara berjaya dijalankan pada hari ini iaitu Perjumpaan Dengan Ibu bapa Pelajar Tahun 6, penyerahan mentee-mentee kepada mentor-mentor yang melibatkan semua guru dan murid dan juga penyerahan mentee tahun 6 kepada mentor masing-masing. Terima kasih sekali lagi kepada cikgu-cikgu semua di atas kerjasama yang telah diberikan. Klik  di sini  untuk mendapatkan modul pelaksanaannya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s